Acara Yang Dipertandingkan
Tujuh acara merangkumi 13 kategori pertandingan. Klik mana-mana acara untuk syarat penuh, kriteria penjurian dan pemarkahan.
Tilawah Al-Quran
Bacaan salah satu surah pilihan dengan tajwid, tarannum, fasohah dan suara yang sempurna.
Hafazan Al-Quran
Hafazan surah pilihan mengikut bacaan tadwir, dinilai dari sudut hafaz, tajwid, fasohah serta suara dan gaya.
Bercerita Kisah daripada Al-Quran
Penyampaian kisah teladan daripada al-Quran dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Isyarat Bahasa Melayu.
Azan Subuh
Laungan Azan Subuh dengan alunan tarannum yang ditetapkan — dinilai dari sudut lagu, kelancaran dan suara.
Seni Khat
Tulisan khat Thuluth atau Nasakh berdasarkan teks yang ditetapkan, disiapkan dalam tempoh 2 jam.
Deklamasi Sajak (Pendidikan Moral)
Deklamasi sajak nilai murni dalam Bahasa Melayu — khusus untuk murid bukan beragama Islam.
Nasyid
Persembahan dua buah lagu ciptaan baharu — nasyid tradisional (masri) dan nasyid kontemporari.
Ringkasan pemarkahan setiap acara
| Acara | Bahagian penjurian | Jumlah |
|---|---|---|
| Tilawah Al-Quran | Tajwid (40) · Tarannum (25) · Fasohah (20) · Suara (15) | 100 |
| Hafazan Al-Quran | Hafaz dan Lancar (40) · Tajwid (30) · Fasohah (20) · Suara dan Gaya (10) | 100 |
| Bercerita Kisah daripada Al-Quran | Penyampaian (40) · Isi (30) · Bahasa (30) | 100 |
| Azan Subuh | Alunan Lagu (40) · Kelancaran (30) · Suara (30) | 100 |
| Seni Khat | Bentuk Tulisan (50) · Teknik Tulisan (20) · Kebersihan dan Hiasan (30) | 100 |
| Deklamasi Sajak (Pendidikan Moral) | Gaya dan Penghayatan (50) · Suara dan Nada (30) · Kelancaran dan Kefasihan (20) | 100 |
| Nasyid | Suara (35) · Lagu (20) · Persembahan (15) · Muzik (15) · Lirik (15) | 100 |