← Semua acara
Acara 6
Deklamasi Sajak (Pendidikan Moral)
Deklamasi sajak nilai murni dalam Bahasa Melayu — khusus untuk murid bukan beragama Islam.
Acara individu
8 minit
Minimum 3 minit
Murid bukan Islam sahaja
Markah penuh 100
Kategori pertandingan
2 kategori
BP Rendah Terbuka
Bermasalah Pembelajaran — Sekolah Rendah (Terbuka)
1 peserta/daerah
Sekolah Rendah
BP
BP Menengah Terbuka
Bermasalah Pembelajaran — Sekolah Menengah (Terbuka)
1 peserta/daerah
Sekolah Menengah
BP
Terma dan syarat pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada semua MBPK Bermasalah Pembelajaran (BP) di daerah-daerah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Penyertaan hanya dibuka kepada murid BUKAN beragama Islam sahaja.
- Deklamasi sajak hendaklah disampaikan menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
- Peserta dikehendaki memilih satu (1) sahaja nilai murni sebagai tema sajak.
- Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang dideklamasikan.
- Kandungan dan isi sajak TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
Masa
8 minit (minimum 3 minit)
Sajak yang dideklamasikan selepas 8 minit tidak akan dinilai dan tidak boleh kurang daripada 3 minit.
Pakaian
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan tanpa sebarang tanda pengenalan daerah.
- Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema sajak.
- Pakaian hendaklah bersesuaian dan sopan serta tanpa sebarang tanda pengenalan daerah dan negeri.
Tema sajak (nilai murni)
Wajib pilih satu- Jati diri dan rohani
- Sayangi keluarga
- Perpaduan dalam masyarakat
- Bersama dalam perbezaan
Penjurian dan pemarkahan
Jumlah 100 markahGaya dan Penghayatan — 50 markah
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara, ditambah markah bonus (maksimum 10 markah).
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Pergerakan tubuh badan dan mimik muka (gaya tangan dan mimik muka) | 10 |
| Olahan/bahasa tubuh, gerak tangan yang bersesuaian dengan sajak | 10 |
| Mimik muka sesuai dengan tema dan isi sajak | 10 |
| Teknik, gaya, nada dan suara yang bersesuaian dengan sajak | 10 |
| Markah bonus | 10 |
Markah bonus
- Markah bonus keseluruhan penghayatan (maksimum 10 markah).
Suara dan Nada — 30 markah
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara.
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Bahasa/Bahasa Isyarat yang baik, jelas dan difahami | 10 |
| Gaya bahasa / bahasa isyarat (BMKT/BIM) yang tepat dan berkesan | 10 |
| Bacaan dalil naqli yang tepat | 10 |
Kelancaran dan Kefasihan — 20 markah
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara.
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Sebutan yang betul dan fasih | 10 |
| Kelancaran kata (tidak tersekat / tidak ulang ayat yang sama / tidak gagap) | 10 |
Format teks sajak
- Bertaip pada kertas A4
- Font Arial, bersaiz 12
- Jarak langkau 1.5
- Dicetak pada sebelah muka surat pada setiap helaian
Muat naik salinan lembut melalui portal daerah semasa pendaftaran penyertaan.