Karnival Mahabbah Pendidikan Khas · 2026

Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Negeri Terengganu 2026

Peringkat Negeri 2026

“Adab & Nilai Nadi Reformasi Pendidikan”

Pendaftaran ditutup
Pengenalan

Pentas Pendidikan Atas Prinsip Kesamarataan

Karnival Mahabbah Pendidikan Khas dilaksanakan secara bersemuka sebagai aktiviti ko-akademik untuk memperkasakan kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas (MBPK) dalam bidang kurikulum, di samping mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi memenuhi tuntutan rohani.

Tujuan

Memberi pendedahan kepada MBPK kepada aspek-aspek keagamaan, adab dan nilai selaras dengan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas.

Objektif

  • Mencungkil bakat MBPK dalam acara Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Bercerita, Khat, Azan Subuh, Nasyid dan Deklamasi Sajak.
  • Memberi ruang menampilkan kecemerlangan dan potensi diri di peringkat tertinggi aktiviti kokurikulum.
  • Meningkatkan hubungan silaturahim antara warga Pendidikan Khas.
  • Menerapkan budaya harmoni sesama kaum dan budaya antara MBPK.

Sasaran

Semua Murid Berkeperluan Khas Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan.

BP BL BD PH MD SD ME
Perkara 6

Kelayakan dan Had Umur Peserta

Had umur

Sekolah Rendah 7 – 12 tahun (+2 tahun)
Sekolah Menengah 13 – 17 tahun (+2 +1 tahun)

Setiap peserta hanya boleh menyertai 2 acara sahaja dalam Karnival Mahabbah Pendidikan Khas.

Peserta Multiple Disabilities (MD) hanya boleh menyertai acara kategori TERBUKA sahaja.

Agihan peserta setiap daerah

AcaraKategoriPeserta
Tilawah Al-Quran BL Rendah Terbuka 1
BP Rendah Terbuka 1
BL Menengah Terbuka 1
BP Menengah Terbuka 1
Hafazan Al-Quran BP Rendah Terbuka 1
BP Menengah Terbuka 1
Bercerita Kisah daripada Al-Quran BP Rendah Terbuka 1
BD Rendah Terbuka 1
Azan Subuh Terbuka 1
Seni Khat Terbuka 1
Deklamasi Sajak (Pendidikan Moral) BP Rendah Terbuka 1
BP Menengah Terbuka 1
Nasyid Terbuka 10
Jumlah peserta 22

Hadiah Pemenang

  • Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan.
  • Pemenang (johan, naib johan dan ketiga) akan menerima plak dan sijil pencapaian.

Anugerah khas Nasyid

Anugerah Solo Terbaik Anugerah Lagu Terbaik Anugerah Lirik Terbaik Anugerah Pemain Berkumpulan Perkusi Terbaik

Bantahan Pertandingan

  • Bantahan dikemukakan secara bertulis kepada pengerusi jemaah juri menggunakan borang bantahan rasmi (Borang 4) beserta bayaran RM300.
  • Bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi.
  • Bantahan hendaklah diterima sebelum keputusan diumumkan. Bantahan selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
  • Semua bantahan dibincangkan dalam mesyuarat jemaah juri dan keputusan selepas mesyuarat adalah MUKTAMAD.
Borang bantahan dalam talian
7
Acara
8
Daerah
0
Peserta didaftar
0
Penyertaan acara

Sedia menyertai karnival?

Daerah mendaftar peserta melalui portal daerah. Semakan status penyertaan boleh dibuat pada bila-bila masa menggunakan nombor rujukan.