Nasyid
Persembahan dua buah lagu ciptaan baharu — nasyid tradisional (masri) dan nasyid kontemporari.
Kategori pertandingan
1 kategoriTerma dan syarat pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada semua MBPK (BP, BL, BD, PH, MD, SD dan ME) di daerah-daerah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Kategori pertandingan adalah TERBUKA. Gabungan pelbagai kategori MBPK dalam 1 kumpulan adalah dibenarkan.
- Kumpulan dianggotai sekurang-kurangnya 8 orang dan tidak lebih daripada 10 orang, daripada satu jantina sahaja atau percampuran lelaki dan perempuan.
- Setiap kumpulan boleh terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah, daerah yang sama atau berbeza, untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
- Percampuran murid beragama Islam dan bukan Islam dibenarkan. Murid bukan Islam perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga.
- Kedua-dua lagu dan lirik hendaklah ciptaan BAHARU dan asli.
- Penggunaan ayat al-Quran dalam lagu dan lirik adalah DILARANG sama sekali bagi menghormati keagungan al-Quran.
- Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live) menggunakan alat perkusi yang dibenarkan sahaja.
- Beatbox adalah DILARANG. Intro dan outro lagu adalah dilarang.
Masa
14 minit (minimum 8 minit)
Masa dikira dari peserta pertama naik ke pentas hingga peserta terakhir turun. Pemotongan markah jika kurang atau lebih daripada masa ditetapkan.
Pakaian
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan tanpa sebarang tanda pengenalan daerah.
- Peserta lelaki memakai baju melayu cekak musang versi tradisional atau moden yang lengkap bersamping (cara pemakaian samping mengikut kreativiti), bersongkok hitam dan berkasut hitam.
- Peserta perempuan memakai baju kurung kebangsaan berpesak dan bertudung yang sempurna serta berkasut hitam (BATU HIASAN DAN MANIK PADA TUDUNG DAN BAJU TIDAK DIBENARKAN).
- Pemakaian sandal, capal dan selipar TIDAK DIBENARKAN.
- Hanya hiasan yang bersesuaian dengan pakaian kebangsaan sahaja dibenarkan. HANYA TIGA (3) AKSESORI HIASAN SAHAJA DIBENARKAN.
- Hiasan songkok terhad kepada satu kerongsang sahaja tanpa mengira saiz. Aksesori tambahan seperti lilitan, rantai, balong ayam dan seumpamanya tidak dibenarkan.
- Semua peserta dilarang mengenakan solekan yang keterlaluan.
Penjurian dan pemarkahan
Jumlah 100 markahSuara — 35 markah (setiap lagu)
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara.
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Ketepatan pic, nada dan frasa | 9 |
| Keseimbangan / harmoni | 9 |
| Dinamik | 6 |
| Kualiti ton | 5 |
| Kejelasan sebutan | 6 |
Perhatian
- Penilaian bermula lagu pertama dan berakhir dengan tamatnya lagu kedua.
- Penasyid solo yang mendominasi persembahan boleh menjejaskan pemarkahan.
- Beatbox adalah DILARANG.
Lagu — 20 markah (setiap lagu)
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara.
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Keaslian melodi lagu (bukan saduran / bukan lagu komersial) | 4 |
| Irama masri (L1) / kontemporari (L2) | 6 |
| Struktur, bentuk dan kesinambungan | 5 |
| Alunan qasidah (L1) / kreativiti (L2) | 3 |
| Bonus (Zauq) | 2 |
Perhatian
- Lagu yang menyerupai lagu lain melebihi EMPAT BAR MELODI dianggap ciplak dan tidak akan dinilai.
Persembahan — 15 markah
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara.
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Ketepatan & kesesuaian gaya | 5 |
| Ekspresi | 3 |
| Pakaian | 3 |
| Etika | 2 |
| Bonus (keberkesanan persembahan) | 2 |
Perhatian
- Persembahan berunsur tarian dan mengganggu sensitiviti agama TIDAK DIBENARKAN.
- Unsur puisi, sajak, pentomen dan kesan bunyi alami menggunakan suara adalah DILARANG.
- DILARANG memperkenalkan nama atau identiti kumpulan kepada jemaah juri.
Muzik — 15 markah (setiap lagu)
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara.
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Susunan muzik | 4 |
| Kualiti ton | 3 |
| Ekspresi | 3 |
| Kesepaduan bunyi | 3 |
| Bonus | 2 |
Perhatian
- Iringan muzik hendaklah secara langsung (live).
- Aksi pemain alat perkusi hendaklah bersesuaian dan tidak keterlaluan.
Lirik — 15 markah (setiap lagu)
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara.
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Isi | 6 |
| Kejelasan mesej | 2 |
| Kesinambungan isi | 3 |
| Bahasa | 2 |
| Menepati tema / mengikut sukatan | 2 |
Perhatian
- Lirik Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahan bertulis.
- Kedua-dua lirik TIDAK boleh menyentuh isu sensitif dan negatif.
Alat perkusi yang dibenarkan
- Kompang
- Bongo
- Conga
- Darbuka
- Shaker
- Tamborine
- Drum stick (kayu pemukul)
- Djembe
- Cabasa
- Cajon
- Maracas
- Riq
- Tar frame drum
- Rebana
- Chime
Lagu pertama (Tradisional)
- Unsur MASRI: Bayyati, Hijaz, Nahawand, Rast, Soba, Jiharkah, Sikah
- Unsur HIJAZI (Makkawi): Banjakah, Hussaini, Mayyah, Rakbi, Dukkah
- Unsur berkaitan: Ajam, Kurdi
- Alunan Qasidah adalah WAJIB (dalam Bahasa Arab)
- Lirik WAJIB Bahasa Melayu dan menepati Tema Karnival Mahabbah
Lagu kedua (Kontemporari)
- Unsur rap, hip-hop, metal dan rock adalah DILARANG
- Hanya RNB / Soul yang tidak keterlaluan dibenarkan
- Lirik dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Arab atau gabungan
- Lirik berdasarkan DSKP KSSR/KSSM Pendidikan Islam
Corak ketukan lagu pertama
- Malfuf
- Maqsum
- Saidi
- Ayubi
- Atau kombinasi corak lain yang bersesuaian
Dokumen wajib
- Borang 1: Borang Akuan Penggubah Lagu / Pencipta Lirik
- Borang 2: Borang Penyertaan
- Borang 3: Borang Akuan Peralatan / Perkusi
- Teks lirik sebanyak 4 SALINAN (tanpa identiti kumpulan)
Format teks lirik (4 salinan)
- Bertaip pada kertas A4
- Font Arial, bersaiz 12
- Jarak langkau 1.5
- Dicetak pada sebelah muka surat pada setiap helaian
Muat naik salinan lembut melalui portal daerah semasa pendaftaran penyertaan.
Anugerah khas
- Anugerah Solo Terbaik
- Anugerah Lagu Terbaik
- Anugerah Lirik Terbaik
- Anugerah Pemain Berkumpulan Perkusi Terbaik
Penentuan keputusan jika markah sama
- Suara
- Lagu
- Lirik
- Persembahan
- Muzik
Sekiranya masih sama, jemaah juri akan bermuzakarah. Keputusan juri adalah MUKTAMAD.