Karnival Mahabbah Pendidikan Khas · 2026
← Semua acara
Acara 1

Tilawah Al-Quran

Bacaan salah satu surah pilihan dengan tajwid, tarannum, fasohah dan suara yang sempurna.

Acara individu 8 minit Markah penuh 100

Kategori pertandingan

4 kategori
BL Rendah Terbuka
Kurang Upaya Penglihatan — Sekolah Rendah (Terbuka)
1 peserta/daerah Sekolah Rendah BL
BP Rendah Terbuka
Bermasalah Pembelajaran — Sekolah Rendah (Terbuka)
1 peserta/daerah Sekolah Rendah BP
BL Menengah Terbuka
Kurang Upaya Penglihatan — Sekolah Menengah (Terbuka)
1 peserta/daerah Sekolah Menengah BL
BP Menengah Terbuka
Bermasalah Pembelajaran — Sekolah Menengah (Terbuka)
1 peserta/daerah Sekolah Menengah BP

Terma dan syarat pertandingan

  • Penyertaan terbuka kepada semua MBPK Kurang Upaya Penglihatan (BL) dan Bermasalah Pembelajaran (BP) di daerah-daerah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Peserta dikehendaki membaca salah satu surah pilihan dalam tempoh 8 minit.
  • Bacaan selepas 8 minit TIDAK akan dinilai.

Masa

8 minit

Bacaan selepas 8 minit tidak akan dinilai.

Pakaian

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan tanpa sebarang tanda pengenalan daerah.

  • Peserta lelaki memakai baju melayu cekak musang versi tradisional atau moden yang lengkap bersamping, bersongkok hitam dan berkasut hitam.
  • Peserta perempuan memakai baju kurung kebangsaan berpesak dan bertudung yang sempurna serta berkasut hitam.
  • Pemakaian sandal, capal dan selipar TIDAK DIBENARKAN.
  • Semua peserta dilarang mengenakan solekan yang keterlaluan.

Surah / ayat pilihan

Wajib pilih satu

Sekolah Rendah

  • Al-Baqarah — bermula ayat 124
  • Al-Baqarah — bermula ayat 183
  • Ali Imran — bermula ayat 133
  • An-Nisa' — bermula ayat 148
  • Al-A'raf — bermula ayat 65

Sekolah Menengah

  • Al-Baqarah — bermula ayat 83
  • Al-Baqarah — bermula ayat 263
  • Ali Imran — bermula ayat 33
  • Al-Maidah — bermula ayat 27
  • Al-A'raf — bermula ayat 31

Penjurian dan pemarkahan

Jumlah 100 markah
Tajwid 40 markah
Tarannum 25 markah
Fasohah 20 markah
Suara 15 markah
Tajwid — 40 markah

Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).

Perkara yang dihakimi

  1. Makhraj huruf dan sifatnya.
  2. Hukum wakaf dan ibtidak.
  3. Hukum tarqiq dan tafkhim.
  4. Hukum mad (asli, badal, iwad, silah, wajib muttasil, jaiz munfassil, lazim, faraq, arid lissukun) mengikut kadar yang sama.
  5. Ghunnah kadar 2 harkat.
  6. Bacaan tadwir mengikut riwayat Hafs.
  7. Hukum bacaan tajwid yang lain.

Keistimewaan (maksimum 3 markah)

  • Dapat menyempurnakan riwayat dengan sempurna.
  • Dapat menyamai kadar mad.
  • Dapat menyempurnakan sifat ghunnah dengan tepat.
  • Memelihara wajah aula dengan tepat.
  • Sempurnakan sebutan huruf dan sifatnya.

Perhatian

  • Satu kesalahan dipotong satu markah.
  • Markah istimewa diberi jika terdapat keistimewaan.
Tarannum — 25 markah

Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).

Perkara yang dihakimi

  1. Tarannum Arab Misri. Sekurang-kurangnya 3 tarannum tanpa takrir (ulang).
  2. Setiap tarannum hendaklah disempurnakan secara teratur sekurang-kurangnya 4 harkat tanpa takrir.
  3. Setiap tarannum hendaklah disempurnakan dalam 3 tobaqoh (rendah, sederhana dan tinggi).
  4. Setiap tarannum hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusun.
  5. Setiap tarannum dan harkatnya hendaklah mempunyai gaya kelembutan alunan tanpa sumbang.

Keistimewaan (maksimum 3 markah)

  • Lagu yang mempunyai lahjah Arab dan qita'ah yang menarik.
  • Lagu mempunyai wuslah mumasalah yang menarik.
  • Lagu yang mempunyai 4 tobaqah.
  • Mempunyai kecekapan lebih daripada 4 lagu.

Perhatian

  • Sekurang-kurangnya 3 lagu.
  • Tertinggal 1 lagu dipotong 4 markah.
  • Tiap-tiap kesalahan dipotong 1 markah.
Fasohah — 20 markah

Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).

Perkara yang dihakimi

  1. Lancar sebutan huruf, lafaz dan ayat.
  2. Terpelihara segala baris dan tashdid.
  3. Salah wakaf dan ibtidak.
  4. Terpelihara susunan ayat.
  5. Terpelihara daripada bernafas dalam bacaan.

Keistimewaan (maksimum 3 markah)

  • Bacaan menurut lahjah Arab yang tepat.
  • Bacaan yang mengikut kesesuaian ayat.
  • Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam satu nafas.

Perhatian

  • Tidak cermat dalam bacaan.
  • Tidak lancar sebutan huruf dan lafaz.
  • Baris tidak terpelihara.
  • Tidak jaga tempat waqaf dan ibtidak.
  • Tidak terpelihara susunan ayat.
Suara — 15 markah

Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).

Perkara yang dihakimi

  1. Kebersihan suara.
  2. Kelicinan suara.
  3. Tobaqoh suara.
  4. Kelantangan suara.
  5. Kekerapan burdah.

Keistimewaan (maksimum 3 markah)

  • Bacaan menurut lahjah Arab yang tepat.
  • Bacaan yang mengikut kesesuaian ayat.
  • Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam satu nafas.

Perhatian

  • Tidak cermat dalam bacaan.
  • Tidak serak.