Karnival Mahabbah Pendidikan Khas · 2026
← Semua acara
Acara 2

Hafazan Al-Quran

Hafazan surah pilihan mengikut bacaan tadwir, dinilai dari sudut hafaz, tajwid, fasohah serta suara dan gaya.

Acara individu Markah penuh 100

Kategori pertandingan

2 kategori
BP Rendah Terbuka
Bermasalah Pembelajaran — Sekolah Rendah (Terbuka)
1 peserta/daerah Sekolah Rendah BP
BP Menengah Terbuka
Bermasalah Pembelajaran — Sekolah Menengah (Terbuka)
1 peserta/daerah Sekolah Menengah BP

Terma dan syarat pertandingan

  • Penyertaan terbuka kepada semua MBPK Bermasalah Pembelajaran (BP) di daerah-daerah Kementerian Pendidikan.
  • Peserta dikehendaki menghafaz ayat-ayat hafazan mengikut bacaan tadwir sahaja.
  • Undian soalan akan dilakukan semasa pertandingan.

Masa

Bilangan soalan mengikut kategori (rendah: 4 soalan, menengah: 3 soalan — termasuk Surah Al-Fatihah).

Pakaian

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan tanpa sebarang tanda pengenalan daerah.

  • Peserta lelaki memakai baju melayu cekak musang versi tradisional atau moden yang lengkap bersamping, bersongkok hitam dan berkasut hitam.
  • Peserta perempuan memakai baju kurung kebangsaan berpesak dan bertudung yang sempurna serta berkasut hitam.
  • Pemakaian sandal, capal dan selipar TIDAK DIBENARKAN.
  • Semua peserta dilarang mengenakan solekan yang keterlaluan.

Senarai surah hafazan (WAJIB hafal semua)

Sekolah Rendah

  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Ad-Dhuha
  • Surah Al-Humazah
  • Surah At-Tiin
  • Surah Al-Fiil
  • Surah Al-Qadr
  • Surah Al-Ma'un

Sekolah Menengah

  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Al-A'la
  • Surah Al-Balad
  • Surah Al-Insan: Ayat 1 – 18

Sila hafal semua surah. Undian soalan akan dilakukan semasa pertandingan.

Sekolah Rendah: 4 soalan · Sekolah Menengah: 3 soalan (kedua-duanya termasuk Surah Al-Fatihah).

Penjurian dan pemarkahan

Jumlah 100 markah
Hafaz dan Lancar 40 markah
Tajwid 30 markah
Fasohah 20 markah
Suara dan Gaya 10 markah
Hafaz dan Lancar — 40 markah

Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).

Perkara yang dihakimi

  1. Berulang-ulang (dipotong 1 markah).
  2. Terhenti-henti (dipotong 1 markah).
  3. Teragak-agak (dipotong 1 markah).
  4. Tertinggal/tertambah huruf atau salah baris (dipotong 1 markah).
  5. Tertinggal/tertambah kalimah (dipotong 2 markah).
  6. Salah sambungan (dipotong 2 markah).
  7. Melangkau (dipotong 2 markah).
  8. Bukan bacaan tadwir (dipotong 2 markah setelah diperingatkan).
  9. Gagal menghabiskan bacaan.
  10. Ayat yang ditentukan (dipotong 1 markah).
  11. Setiap 10 saat diulang satu kali (dipotong 1 markah).
  12. Bacaan yang tidak mengikut lahjah Arab (dipotong 1 markah).

Keistimewaan (maksimum 3 markah)

  • Lancar berlahjah Arab.
  • Ketenangan dalam menghafaz.
  • Bacaan mengikut tadwir yang sebenar.

Perhatian

  • Markah yang dipotong mengikut kadar yang dipersetujui.
Tajwid — 30 markah

Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 2 markah).

Perkara yang dihakimi

  1. Makhraj huruf dan sifatnya.
  2. Hukum wakaf dan ibtidak.
  3. Hukum tarqiq dan tafkhim.
  4. Hukum mad (asli, badal, iwad, silah, wajib muttasil, jaiz munfassil, lazim, faraq, arid lissukun) kadar yang sama.
  5. Ghunnah kadar 2 harkat.
  6. Bacaan tadwir mengikut riwayat Hafs.
  7. Hukum bacaan tajwid yang lain.

Keistimewaan (maksimum 2 markah)

  • Dapat menyempurnakan hafazan ayat dengan bertajwid dan sempurna.
  • Sempurnakan sebutan huruf dan sifatnya.

Perhatian

  • Setiap soalan yang gagal dibaca atau disambung ayat/surah dipotong 10 markah.
Fasohah — 20 markah

Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).

Perkara yang dihakimi

  1. Cermat dalam bacaan.
  2. Lancar sebutan huruf, lafaz dan ayat.
  3. Terpelihara segala baris dan tashdid.
  4. Salah wakaf dan ibtidak.
  5. Terpelihara susunan ayat.
  6. Terpelihara daripada bernafas dalam bacaan.

Keistimewaan (maksimum 3 markah)

  • Bacaan menurut lahjah Arab yang tepat.
  • Bacaan yang mengikut kesesuaian ayat.
  • Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam satu nafas.

Perhatian

  • Tidak cermat dalam bacaan.
  • Tidak lancar sebutan huruf dan lafaz.
  • Baris tidak terpelihara.
  • Tidak jaga tempat waqaf dan ibtidak.
  • Tidak terpelihara susunan ayat.
Suara dan Gaya — 10 markah

Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 2 markah).

Perkara yang dihakimi

  1. Kelembutan suara.
  2. Suara licin dan bersih.
  3. Suara terang, lantang dan nyata.
  4. Suara tidak berubah.
  5. Gaya bacaan mengikut lahjah Arab (dari mula hingga akhir).

Keistimewaan (maksimum 2 markah)

  • Suara yang sangat merdu.

Perhatian

  • Markah yang lebih akan diberi pada suara yang lebih merdu dan dapat menghidupkan rentak-rentak suara.