← Semua acara
Acara 3
Bercerita Kisah daripada Al-Quran
Penyampaian kisah teladan daripada al-Quran dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Isyarat Bahasa Melayu.
Acara individu
8 minit
Minimum 6 minit
Markah penuh 100
Kategori pertandingan
2 kategori
BP Rendah Terbuka
Bermasalah Pembelajaran — Sekolah Rendah (Terbuka)
1 peserta/daerah
Sekolah Rendah
BP
BD Rendah Terbuka
Kurang Upaya Pendengaran — Sekolah Rendah (Terbuka)
1 peserta/daerah
Sekolah Rendah
BD
Terma dan syarat pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada semua MBPK Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Kurang Upaya Pendengaran (BD) di daerah-daerah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Setiap MBPK Kurang Upaya Pendengaran (BD) hanya dibenarkan menggunakan Bahasa Isyarat sahaja.
- Cerita hendaklah disampaikan dalam tempoh 8 minit menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Isyarat Bahasa Melayu sahaja.
- Peserta dikehendaki memilih satu (1) sahaja tajuk cerita berdasarkan senarai yang disediakan.
- Kandungan dan isi cerita TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
Masa
8 minit (minimum 6 minit)
Masa dikira apabila peserta memulakan isyarat atau bersuara. Persembahan tidak kurang daripada 6 minit.
Pakaian
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan tanpa sebarang tanda pengenalan daerah.
- Peserta lelaki memakai baju melayu cekak musang versi tradisional atau moden yang lengkap bersamping, bersongkok hitam dan berkasut hitam.
- Peserta perempuan memakai baju kurung kebangsaan berpesak dan bertudung yang sempurna serta berkasut hitam.
- Pemakaian sandal, capal dan selipar TIDAK DIBENARKAN.
- Semua peserta dilarang mengenakan solekan yang keterlaluan.
Tajuk cerita
Wajib pilih satu- Peristiwa hijrah pertama Rasulullah S.A.W
- Keberanian Nabi Ibrahim A.S menegakkan tauhid
- Kesabaran Nabi Ayub A.S dalam menghadapi ujian
- Kecekalan Nabi Nuh A.S berdakwah kepada kaumnya
- Luqmanul Hakim: Hikmah seorang ayah, warisan sepanjang zaman
Penjurian dan pemarkahan
Jumlah 100 markahPenyampaian — 40 markah
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara, ditambah markah bonus (maksimum 4 markah).
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Kelancaran | 6 |
| Kesesuaian nada/isyarat dan gaya | 6 |
| Bersopan | 6 |
| Menyakinkan | 6 |
| Pergerakan tubuh badan dan mimik muka | 6 |
| Kreativiti penyampaian (ceria/sedih/kecindan) | 6 |
| Markah bonus | 4 |
Markah bonus
- Menerangkan cara bercerita dengan pantun / bersyair / bersajak cerita / lakunan dua suara.
Perhatian
- Ulasan/isyarat yang berulang, tidak lancar, tersekat.
- Berhenti sama ada salah, gagap, lupa dan sebagainya.
- Gerak geri yang keterlaluan.
- Nada suara yang sama.
- Persembahan tidak menyakinkan.
Isi — 30 markah
Kaedah: markah diberi bagi setiap perkara, ditambah markah bonus (maksimum 3 markah).
| Perkara yang dihakimi | Markah |
|---|---|
| Isi (3 isi × 1 markah) | 3 |
| Huraian dan pengajaran (termasuk isu semasa) | 18 |
| Nas / sumber dan pengertian | 6 |
| Markah bonus | 3 |
Markah bonus
- Isi melebihi daripada 3 isi.
- Pengolahan cerita yang baik.
- Susunan idea yang teratur. (dikehendaki 2 sahaja)
Perhatian
- Setiap isi diberi 1 markah.
- Tiap-tiap huraian yang tepat diberi 6 markah.
- Tiap-tiap isi disokong dengan nas diberi 2 markah.
- Cerita dikaitkan dengan nas/kehidupan orang Islam.
- Cerita tidak menyentuh peribadi seseorang/kumpulan.
Bahasa — 30 markah
Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan.
Perkara yang dihakimi
- Bahasa yang baik, jelas dan difahami.
- Bahasa yang tidak keras dan menyinggung.
- Menggunakan bahasa isyarat yang diguna pakai (BMKT/BIM).
Perhatian
- Menggunakan bahasa istilah yang tidak difahami atau tidak lazim digunakan.
- Menggunakan bahasa/dialek daerah.
- Menggunakan isyarat yang tidak sopan dan menyinggung/menyindir mana-mana pihak.
- Menggunakan Bahasa Isyarat yang tidak tepat.
Format teks cerita
- Bertaip pada kertas A4
- Font Arial, bersaiz 12
- Jarak langkau 1.5
- Dicetak pada sebelah muka surat pada setiap helaian
Muat naik salinan lembut melalui portal daerah semasa pendaftaran penyertaan.