← Semua acara
Acara 5
Seni Khat
Tulisan khat Thuluth atau Nasakh berdasarkan teks yang ditetapkan, disiapkan dalam tempoh 2 jam.
Acara individu
2 jam
Markah penuh 100
Kategori pertandingan
1 kategori
Terbuka
Terbuka (semua kategori MBPK)
1 peserta/daerah
BP
BL
BD
PH
MD
SD
ME
Terma dan syarat pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada semua MBPK (BP, BL, BD, PH, MD, SD dan ME) di daerah-daerah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Kategori pertandingan adalah TERBUKA.
- Terbuka kepada semua pelajar yang beragama Islam atau bukan Islam.
- Hanya pen khat, pensil khat dan marker dibenarkan untuk tulisan khat.
- Penggunaan pensil warna hanya dibenarkan untuk hiasan.
- Hiasan bingkai bergantung kepada kreativiti peserta.
Masa
2 jam
Tempoh masa untuk menyiapkan tulisan khat adalah 2 jam sahaja.
Pakaian
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan tanpa sebarang tanda pengenalan daerah.
- Peserta lelaki memakai baju melayu cekak musang versi tradisional atau moden yang lengkap bersamping, bersongkok hitam dan berkasut hitam.
- Peserta perempuan memakai baju kurung kebangsaan berpesak dan bertudung yang sempurna serta berkasut hitam.
- Pemakaian sandal, capal dan selipar TIDAK DIBENARKAN.
- Semua peserta dilarang mengenakan solekan yang keterlaluan.
Jenis khat
Wajib pilih satu- Thuluth — ٱلْعِلْمُ بِلَا عَمَلٍ كَٱلشَّجَرِ بِلَا ثَمَرٍ
- Nasakh — علمو تنڤا عمل عبارت ڤوکوق تنڤا بواه
Penjurian dan pemarkahan
Jumlah 100 markahBentuk Tulisan — 50 markah
Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 2 markah).
Perkara yang dihakimi
- Jenis khat: Nasakh dan Thuluth.
- Mengikut bentuk khat yang betul.
Keistimewaan (maksimum 2 markah)
- Tulisan mengikut bentuk khat yang telah ditentukan.
- Tulisan jelas dan difahami.
Perhatian
- Peserta dikehendaki menulis semula teks yang diberi.
Teknik Tulisan — 20 markah
Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 2 markah).
Perkara yang dihakimi
- Susunan khat baik.
- Jelas dan munasabah.
- Tidak bercampur antara jenis khat.
Keistimewaan (maksimum 2 markah)
- Kemas.
- Teratur.
Perhatian
- Tulisan khat berdasarkan bentuk tulisan yang berkaitan.
Kebersihan dan Hiasan — 30 markah
Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).
Perkara yang dihakimi
- Tulisan bersih.
- Terang.
- Mudah dibaca.
- Hiasan dalam dan luaran yang sesuai dan menarik.
Keistimewaan (maksimum 3 markah)
- Kebersihan.
- Kekemasan.
- Hiasan yang tidak melampau.
Perhatian
- Markah dipotong sekiranya tulisan luntur.
- Sukar dibaca seperti dakwat kembang.
- Garisan pensil yang tidak dipadam.
- Hiasan tidak keterlaluan.
- Sesuai dengan tulisan.