← Semua acara
Acara 4
Azan Subuh
Laungan Azan Subuh dengan alunan tarannum yang ditetapkan — dinilai dari sudut lagu, kelancaran dan suara.
Acara individu
5 minit
Minimum 1 minit
Lelaki sahaja
Markah penuh 100
Kategori pertandingan
1 kategori
Terbuka
Terbuka (Lelaki sahaja)
1 peserta/daerah
BP
BL
BD
PH
MD
SD
ME
Terma dan syarat pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada semua MBPK (BP, BL, BD, PH, MD, SD dan ME) di daerah-daerah Kementerian Pendidikan.
- Kategori pertandingan adalah TERBUKA.
- Hanya peserta LELAKI sahaja dibenarkan menyertai pertandingan Azan Subuh.
- Hanya laungan Azan Subuh sahaja yang dipertandingkan dan dinilai.
Masa
5 minit (minimum 1 minit)
Laungan melebihi 5 minit tidak dikira markah. Laungan kurang daripada 1 minit akan ditolak markah.
Pakaian
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan tanpa sebarang tanda pengenalan daerah.
- Peserta lelaki memakai baju melayu cekak musang versi tradisional atau moden yang lengkap bersamping, bersongkok hitam dan berkasut hitam.
- Pemakaian sandal, capal dan selipar TIDAK DIBENARKAN.
Penjurian dan pemarkahan
Jumlah 100 markahAlunan Lagu — 40 markah
Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).
Perkara yang dihakimi
- Keaslian lagu Masri.
- Setiap lagu hendaklah disempurnakan secara teratur.
- Kesesuaian rentak.
- Setiap tarannum hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusun.
- Setiap tarannum dan harkatnya hendaklah mempunyai gaya kelembutan alunan tanpa sumbang.
Keistimewaan (maksimum 3 markah)
- Lagu yang mempunyai lahjah Arab dan qita'ah yang menarik.
- Lagu mempunyai wasilah mumasalah yang menarik.
- Lagu yang mempunyai 4 tobaqah.
Perhatian
- Markah yang dipotong mengikut kadar yang dipersetujui.
- Tertinggal lafaz "Assolatu khoirum minan naum" dipotong 8 markah.
Kelancaran — 30 markah
Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).
Perkara yang dihakimi
- Berulang-ulang (dipotong 1 markah).
- Terhenti-henti (dipotong 1 markah).
- Teragak-agak (dipotong 1 markah).
- Tertinggal/tertambah huruf atau salah baris (dipotong 1 markah).
- Tertinggal/tertambah kalimah (dipotong 2 markah).
- Salah sambungan (dipotong 2 markah).
- Melangkau (dipotong 2 markah).
- Gagal menghabiskan laungan azan (dipotong 2 markah).
- Bacaan yang tidak mengikut lahjah Arab (dipotong 1 markah).
Keistimewaan (maksimum 3 markah)
- Lancar berlahjah Arab.
- Ketenangan dalam melaungkan azan.
- Ada unsur pengulangan (tarji') lafaz.
Perhatian
- Markah yang dipotong mengikut kadar yang dipersetujui.
- Tertinggal lafaz "Assolatu khoirum minan naum" dipotong 8 markah.
Suara — 30 markah
Kaedah: markah penuh ditolak markah kesalahan, kemudian ditambah markah keistimewaan (maksimum 3 markah).
Perkara yang dihakimi
- Kebersihan suara.
- Kelicinan suara.
- Tobaqah suara.
- Ketepatan nada suara.
- Kelembutan suara.
- Kelantangan suara.
- Kekerapan burdah.
- Pengawalan kualiti suara.
- Kemurnian suara.
Keistimewaan (maksimum 3 markah)
- Suara berlahjah Arab.
- Suara hidup / bergerak.
- Suara yang mempunyai kemerduan.
Perhatian
- Markah yang dipotong mengikut kadar yang dipersetujui.
Irama tarannum yang dibenarkan
- Rast
- Bayati
- Nahawand
- Kurdi
- Jiharkah